Wednesday, 1 October 2014

Kenali Diriku Seadanya,,,,, Pengedar Shaklee Melaka

Assalamualaikum wbt....Salam pembuka bicara...
Pejam celik sekejap je masa berlalu.. Tinggal lagi 2 bulan dah buka tirai tahun baru 2015..
Oktober baru membuka tirai tahun 2014.. Macam-macam perkara yang lepas dan akan datang susah senang dilalui dengan penuh kecerian dan kegembiraan di samping suami dan anak tersayang.

Saya menyahut cabaran 30 hari Master Fazliana untuk 30 entry blogging selama sebulan. Blog ni sebenarnya dah lama dibina tapi banyak yang bersawang je dari dipenuhkan isi yang padat dan mampat. Ok hari ini saya nak cerita serba sedikit Siapa Saya sebenarnya.. Blog dan penuh tapi tapi empunya blog tak tau siapa tak lengkap rasanya kan.

Saya Misbahul Munirah bt Idris. Dilahirkan tanggal 18.10.1984. Haaa lagi 15 hari cukup la umur 30 tahun. Kejap je dah nak masuk angka 3 series kan. Dari sini nampak kan betapa cepatnya masa berlalu. Tanggal 27.11.2010 dengan hanya sekali lafaz sah saya bergelar seorang isteri kepada suami yang tercinta iaitu Firdaus bin Othman. Alhamdulilah ALLAH TAALA panjangkan jodoh kami hingga ke jinjang pelamin setelah hampir 8 tahun berkenalan dan tangkap cintan bersama.. :-) . Setelah mendirikan rumahtangga nak dijadikan mmg murah rezeki saya dan suami, saya disahkan mengandung dan bunting pelamin. Alhamdululah syukur, gembira tak terkata ketika itu. Melalui tempoh mengandung sepertimana ibu mengandung lain dan mengalami alahan sehingga 4bulan tanpa suami disisi. Hanya bertemankan kawan² serumah yabg menyewa sekali. Disitu baru saya nampak betapa kuat dan kentalnya saya kan. Hehe. Tanggal 10.09.2011 lahirlah seorang anak syurga dan puteri yg sangat comel, kulitnya sgt mulus dan merah yang diberi oleh suami saya Adryana Damia Danisha bt Firdaus. Nampak tak nama anak panjang tapi nama ayah ciput je kan. Bak kata ayahnya nama anak panjang sikit boleh cover nama ayah. Ye² yo je kan.. hehe tak kisahlah janji mempunyai maksud baik dan menjadi anak yang solehah serta membangga ibu dan bapa bila besar nanti

Mempunyai Diploma in Bussiness di Politeknik Seberang Perai, Pulau.Pinang. Disini la bermula detik pertemuan saya dengan suami tercinta. hihihi...Selepas tamat pengajian saya melanjutkan pelajaran lagi ke Universiti Utara Malaysia dan berjaya mendapat segulung Ijazah Pengurusan Sumber Manusia dengan Kepujian (BHRM Hons)... Alhamdulilah keputusan amat membanggakan keluarga.Syukur Ya ALLAH..


Sebaik sahaja menamatkan Latihan Praktikal saya terus mendapat tawaran bekerja sebagai penjawat awam. Walaupun rezeki saya hanya menggunakan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tapi saya tak pernah putus asa untuk mencuba dan bermula dari bawah. Saya bekerja hanya berbekalkan SPM bukan Diploma @ Ijazah yang saya ada. Kini saya bekerja di SMJK Katholik, Melaka sebagai seorang Pembantu Tadbir (P/O) dan menetap di Melaka. Walaupun begitu saya tetap berbangga dan bersyukur dengan kerja saya sekarang. Even tidak menggunakan sijil yang ada tapi saya sudah bekerja tetap dan berkhidmat dengan kerajaan.
In sha ALLAH jika ada rezeki tak kemana janji KITA PERCAYA SEBELUM BERJAYA...

Kehidupan saya sama juga sepertimana ibu bekerjaya dan surirumah lain. Tugas hakiki di pejabat tetap dijalankan seperti biasa dan tugas dan tanggungjawab sebagai seorang isteri dan seorang ibu tetap diutamakan. Saya memang seorang ibu dan isteri yang sangat minat bab masak memasak ni. Memang tak boleh lari. Pi la mana pun wajib akan cari dapur sebab bila duduk dirumah tak masuk dapur rasa tak lengkap urusan sehari hari.


Pernah tinggal di daerah  kecil yang agak pedalaman di Baling. Bermula kehidupan di situ ketika penempatan pertama saya bekerja sebagai Pembantu Tadbir. Saya amat rindukan suasana di situ kerana keadaan yang tenang, aman damai dan saya dilayan bagai puteri di sana. Maklumlah orang luar masuk tempat mereka kan. Ya ALLAH sangat merindui tempat itu hingga sekarang....
Kepuasan...Keseronokan..Kegembiraan serta Keberkatan sangat di rasai di situ...

Selepas melahirkan puteri saya,  saya mengalami masalah untuk menyusukan anak. Terlampau kosong ilmu penyusuan ketika itu, sepanjang tempoh berpantang stok EBM langsung tak buat cuma direct feeding anak je. Mula lah cari inisiatif utk tambah susu badan. Terus google dan taip tips dan ubat untuk banyakkan susu badan, cari punya cari terjumpa supplement Shaklee dan ketika itu tak tau apa itu Shaklee. Kebetulan saya mmg ada join group ibu hamil dan menyusukan ketika dalam pantang, so terus tanya nember group dan ramai suggestkan Shaklee bagus, boleh membantu dan kita kekal bertenaga. Mendengar komen kawan² jadi excited nak try.

Ok disini saya ingin berkongsi dengan anda bagaimana boleh terjebak dengan Shaklee dan jatuh cinta dengannya. Saya mula jatuh hati dengan produk Shaklee setelah menggunakanya untuk diri sendiri semasa lepas pantang. Mulanya bercadang untuk banyakkan susu badan sebab niat nak susukan si comel saya hingga 2yrs. Now princess saya dah 3 tahun 1 bulan. Fully breasfeeding sampai sekarang..(tunggu masa nak wean off.... :-(( ... tak sampai hati tapi perlu buat...huhu)



Memulakan pengambilan supplement utk milkbooster, Set bajet je saya cuba iaitu ESP+ Alfalfa. Seriously Syukur Alhamdulilah mmg susu memancut2 sampai basah baju sy tpksa pakai nursing pad utk cover baju dari basah…Syukur dengan rezeki yang ALLAH berikan pada saya dan utk si comel saya.

Di awal perkenalan saya dengan produk Shaklee ni melalui FB Farah Alias now dah jadi Master Coordinator pun.. Masa saya beli tu tak pasti dia ranking ape tapi rasa2 dah tinggi juga rank masa tu…Bertanya macam rasanya utk confirmation betul betul kan sebab tak pernah dengar SHAKLEE tu apa masa tu.. Akhirnya rezeki saya dgn dia dan terus saya beli set bajet milbooster dari Master Farah Alias. Hari demi hari makan mmg rasa perubahan dari segi kecergasan dan tenaga mmg fresh n btenaga…susu tu toksah cakap la kan mmg meriah..Syukur.

Selepas hampir 3 bulan berpantang di kampong terus balik melaka sbb nak keje kan. Tiba di Melaka sy try search Shaklee Melaka dan terus jumpa blog Princess Fisya sbb pikir nak jimat postage nye pasal kan. Deal punya deal terus jadi beli fullset breastfeed utk prepare sebelum kerja selepas 3 bulan bercuti . Masa tu demand lebih sbb nak dealer terus COD kat rumah kan hihi..terus call n kak Fazliana (upline merangkap mama Shaklee saya sekarang) terus hantar depan rumah saya. Sambil sambil jumpa sambil bertanya. Tapi masa tu rasa sy yg lebih cakap sbb kak Fazliana ni jenis tak berapa banyak cakap. Relex je orangnya. Lps pada tu terus saya berhubung dengan dia je. Lepas satu ke satu produk sy try samapai la satu hari tu kak Fazliana tnya awak ni beli fullset set BF n set slim nape tak JOIN AHLI je bayar RM65 je postage RM10. Totally RM75 je. Keahlian seumur hidup dan fikir nye fikir dan selepas bincang dengan suami terus saya contact kak Fazliana nak join ahli. Semua dia uruskan dan sampai dapat memberkit.

Ok bermulalah kisah saya dengan SHAKLEE disaat ini. Hehe…Saya join ahli 04.07.2012 masa tu join n makan sendiri je pon. Takde kesedaran langsung nak jual or berbiz bagai ni. Lama juga saya join ahli tapi just makan sendiri je. Lepas tu kak Fazliana SMS sy tanya awak tak minat ke nak biz boleh juga tambah duit n atleast boleh la awk pusing balik beli vit yang awak mkn skrg…terus terfikir betul ape yang dia cakap.

Januari 2013 saya betul2 mula nak biz ni..Saya cari customer dan downline bawah saya untuk kembangkan lagi jaringan Shaklee. Downline pertama saya yang daftar masa tu ialah kawan study saya juga. Syukur akhamdulilah empayar biz sy makin hari makin berkembang dan makin bertambah downline saya sehingga sekarang mencecah 50 lebih downline saya. Syukur alhamdulilah. Sehingga sekarang saya dah ada cucu cicit piut miut semua…Jazakallah....

Dengan Shaklee saya dah berjaya mencapai Ranking sebagai Supervisor pada bulan Jun 2013 dan kemudian berjaya mencapai Ranking Senior Supervisor pada bulan Oktober 2013. Sebab tu sata cakap bulan Oktober banyak kenangan manis bagi saya... Bulan kelahiran sata juga.. MasyaAllah perancangan Allah itu cantik sangat dan Janji Allah Itu Pasti. In sha Allah.

Alhamdulillah! Saya telah menjadi pengedar berdaftar Shaklee secara aktif sejak Jan 2013. Sebenarnya tidak susah untuk berkongsi dengan rakan-taulan dan saudara-mara kerana produk ini mempunyai reputasi yang bagus dan sudah diketahui umum. Sambutan dari kawan-kawan dan saudara-mara amat menggalakkan. Hakikatnya, apa yang penting bagi saya adalah saya dapat berkongsi sedikit ilmu dengan ramai orang di luar sana tentang penjagaan kesihatan dan yang paling penting semua pelanggan saya berpuashati, baik dari segi konsultasi sehinggalah ke servis penghantaran.
Sekiranya anda berminat dengan peluang menjana pendapatan secara online dari rumah, inilah peluang anda!


            [SIDE INCOME WITH SHAKLEE-                               JOM JOIN SAYA!] 

"..PERCAYA SEBELUM BERJAYA .."



Saya adalah Shaklee Independent Distributor area Melaka (penghantaran ke rumah)
dan Seluruh Malaysia (melalui pos)
FB : Misbahul Munirah 
Page : MyaDanisha Vitashoppe
SMS/Call/WhatsApp : 0125934776
Emel : mieysz_84@yahoo.com / 
myadanisha100911@gmail.com







No comments:

Post a Comment