Thursday, 16 October 2014

Zoom Malaysia : Destinasi Menarik Di Kedah Jelapang Padi

Assalamualaikum wbt..
Ok malam ni tetiba teringat kat kampung halamanku.. oh Kedah Jelapang Padi.. Disini la dimana tempat lahir dan saya dibesarkan selama 30 tahun di bumi Kedah. Rindu suasana kampung, rindu sungai, rindu dgn kehijauan sawah padi yang sejuk mata memandang... Oh sgt merindui semua detik dan saat ini..
Ok berbalik pada niat entri saya malam ni nak story sedikit sebanyak apa yang menarik dan bestnya Jelapang Padi Malaysia. Sebenarnya nak cerita di Kedah ni banyak sangat tempat menarik yang boleh kita lawati. Sesiapa yang pernah sampai pasti akan mai lagi punya.
Selain dari Pulau Langkawi. Kedah atau dikenali sebagai negeri jelapang padi mempunyai banyak tempat percutian menarik untuk pelancong terutamanya ketika musim cuti sekolah dan sesuai untuk mereka yang merindui ketenangan dan suasana kampung yang berlatarkan panorama sawah padi. 
Saya kongsikan beberapa tempat-tempat menarik di negeri Kedah yang boleh dilawati sepanjang musim cuti sekolah. Antara tempat-tempat menarik ialah :
1. Muzium Padi
  • Muzium Padi terletak dan berlatar belakangkan Gunung Keriang , 8km dari Bandaraya Alor Setar dibina bagi mewujudkan sebuah muzium yang unggul untuk mempamerkan bahan-bahan berkaitan padi yang melibatkan budaya, penyelidikan dan pembangunan serta perkembangan teknologi padi.
  • Satu-satunya taman tema air yang ada di Kedah. The Carnivall Waterpark ini terletak di Persiaran Cinta Sayang, Sungai Petani ini boleh dikunjungi setiap hari kecuali Rabu  (buka pada cuti umum & sekolah).
  • Ingin suasana dingin seperti di Cameron Highlands dan Genting Highlands, anda boleh merasainya di Gunung Jerai yang menjanjikan percutian yang amat bermakna buat keluarga.
  • Ladang seluas 34 ekar ini mempunyai 4 jenis buah anggur iaitu Black Opal, Black Grape, White Malaga dan Loose Pelite. Para pengunjung boleh mendapatkan buah anggur yang segar di sini dengan harga yang berpatutan.
  • Pengunjung Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong yang terletak di Baling ini dapat merasai sendiri nikmat khasiat berendam di dalam air panas semulajadi sama ada dengan berenang di kolam yang disediakan atau sekadar merendam kaki dengan suasana kedamaian dikelilingi bukit bukau.
Selain daripada senarai di atas, senarai-senarai dibawah ini juga wajib anda pergi jika datang bercuti di negeri Kedah. Pastikan anda tidak lepaskan peluang untuk menjelajah seluruh negeri jelapang padi ini

  • Pantai Merdeka
  • Pantai Tanjung Dawai
  • Pulau Langkawi
  • Hutan Lipur Sg Sedim
  • Pekan Rabu Alor Star
  • Air Terjun Lata Mengkuang
  • Air Terjun Lata Seri Perigi
  • Air Terjun Lata Bayu
  • Air Terjun Titi Hayun
  • Air Terjun Junjung
  • Rimba Rekreasi Bukit Hampar
  • Pantai Tengkorak
  • Pulau Sayak
  • Candi Lembah Bujang
  • Pendang Lake Resort
Cuti² Malaysia...

2. The Carnivall Waterpark
3. Gunung Jerai
4. Ladang Anggur Tasik Beris
tasik beris, sik
kredit gambar : Laman Web Rasmi Daerah Sik
5. Kolam Air Panas Ulu Legong 
6. Pekan Rabu
  • Mantan Perdana Menteri Malaysia ke 4 YABhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad pernah berniaga di sini.
  • Tiap kali beliau membuat lawatan atau pulang ke Kedah Perdana Menteri tidak pernah ketinggalan melawat ke Pekan Rabu.
  • Pasar Ramadhan akan diadakan di sekeliling bangunan Pekan Rabu pada setiap kali menyambut bulan puasa.
  • Lelongan kuih raya akan diadakan pada setiap malam Raya Aidil Fitri dan Aidil Adha.
  • Hari Sabtu dan Ahad merupakan hari yang paling sibuk dan ramai dikunjungi pelawat samaada tempatan ataupun dari luar.
  • Pekan Rabu pernah menjadi tempat pertemuan pejuang-pejuang kemerdekaan Negeri Kedah untuk melancarkan gerakan perjuangan mereka.
Kemudahan Yang Disediakan
 Surau
 Tandas
 Berhampiran stesen teksi, bas, bank dan hotel
 Telefon Awam
 Mesin Autoteller 
 Jejantas Ke Komplek Pekan Rabu
         Tempat letak kereta



Cuti sekolah untuk penggal pertama tidak lama je lagi, para ibu bapa dah ada perancangan ke untuyk bawa anak-anak bercuti? Inilah masa yang sesuai untuk menghabiskan masa yang terluang bersama orang tersayang.

Banyak tempat menarik untuk dilawati...
Zoom Malaysia... Zoom Kedah...

Seloka Kedah
Mai chek oi mai chek mai
kita ke negeri Kedah
Mai Oi bagi ramai jamu nasi kawah

Naik Kapai terbang turun kepala batas
makan toksah bimbang kami byk beras
Ikut leboh raya tembuih ke Kayu Hitam
Jaga chek oi jaga gheta meneru meneram
gheta meneru meneram

Mengkala mai kedah singgahlah ke pekan rabu
Minum nira nipah makan emping kelabu

Kotlah rasanya penat jom pi ke Langkawi
Langgah ayaq gamat minumlah ayaq tongkat Ali
Langgah ayaq gamat muka naik seri

Kedah sudahlah maju
tak lagi mcmlah dulu
rumah serba baru,kenduri ada selalu

Tengok sana sini
pembanggunan serta negeri
ada mesin padi ,ada kilang besi

Melawak orang kedah jangan cepat terasa
toksah dok kisah berkawan cepat mesra
Berkawan cepat mesra

Mai chek oi mai chek mai
kita ke negeri Kedah
Mai Oi bagi ramai jamu nasi kawah

Kotlah rasanya penat jom pi ke Langkawi
Langgah ayaq gamat minumlah ayaq tongkat Ali
Langgah ayaq gamat muka naik seri

Kedah sudahlah maju
tak lagi mcmlah dulu
rumah serba baru,kenduri ada selalu

Mai chek oi mai chek mai
kita ke negeri Kedah


Jom hayati lagu ni.. Lirik pon dah bagi kat atas tu ye...


No comments:

Post a Comment