Saturday, 18 October 2014

Apa itu SOHO : Small Office Home Office


Apa itu SOHO?
SoHo atau Small office/Home office dikatakan tempat bekerja/menjalankan perniagaan dari rumah.

Small Office Home Office (SOHO) atau dalam bahasa Melayunya Pejabat Di Rumah (ni istilah saya) adalah melakukan kerja atau perniagaan hanya di rumah. Bermaksud, rumah dijadikan sebagai pusat utama untuk menguruskan perniagaan. Apa yang akan saya bincangkan di sini adalah bisnes dan bukan telekerja 
iaitu bekerja dengan orang lain dari rumah.
Perkembangan perniagaan secara SOHO i6ni begitu maju dan terus meningkat bilangannya di luar negara, tetapi di Malaysia, ia masih sedikit baru dan agak sedikit ‘jengkel’ atau janggal bagi kebanyakan orang.
Pihak kerajaan Malaysia melalui Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi juga sudah mula sedar akan peluang dan kelebihan SOHO ini yang amat sesuai untuk para kaum ibu dan kepada sesiapa sahaja yang berminat. Sebab itulah, pihak Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah melakukan banyak aktiviti dan program untuk memastikan konsep SOHO ini sedikit demi sedikit akan diambil peluang oleh kaum ibu atau suri rumah yang ingin mendapatkan pendapatan, di samping menjalankan tanggungjawabnya di rumah.
Selain itu, di dalam rancangan Malaysia ke-9 pun, ‘isu’ SOHO ini juga ada disentuh secara umum dan diambil perhatian oleh pihak kerajaan. Malah, SOHO ini juga dibahaskan di dewan rakyat dan mendapat reaksi positif kebanyakan pihak.
Di antara petanda yang SOHO ini akan menjadi satu style di masa hadapan adalah, wujudnya teknologi komunikasi yang semakin canggih dan mampu dimiliki oleh sesiapa sahaja. Komputer, telefon, talian internet, jalur lebar, telefon selular, 3G, GPRS/Egde, faks dan lain-lain lagi semakin bertambah maju dan harganya turut menjadi murah.


SOHO saya

Berbalik pada cerita bab SOHO.. SOHO saya hanya comel je dan simple belum ada bilik khas hanya tumpang di bilik belakang untuk tetamu je. Just susun² stok, kertas² dan kelengkapan biz atas rak yang boleh tarik tutup tu je. nti dah emas dan cantik saya buat entry baru ye. Hihihi

Di bawah ini adalah SOHO impian yang diidamkan selama ni. Hopefully dapat capai sepertimana gambar ni. Dapat ih kurang pun tak kisah janji ada SOHO khas untuk shaklee. Moga dipermudahkan ke arah itu. In sha Allah. 


Pengedar Sah Shaklee
Misbahul Munirah
ID 883444
012 5934776
FB : Misbahul Munirah

No comments:

Post a Comment