Sunday, 5 October 2014

Coretan Eid Adha

Assalamualaikum...

Terlebih dahulu nak ucapkan Selamat Hari Raya Eid Adha untuk semua muslimin dan muslimat. Maaf dipinta andai ada terkasar bahasa atau keterlanjuran kata.

Alhamdulilah bumi Melaka harini hujan dan mendung di hari baik Eid Adha...
Cuaca yang mendung ni sedap tidur ni...

Kami yang jauh dengan mak ayah dikampung ni ala kadar je sambut raya. Ermm tapi rasa tak de feel raya pun sebab suami kerja di hari raya. Hanya berdua dengan anak je.

Macam biasa pagi raya, saya siapkan.juadah yang simple² untuk bekalan dan isi perut kami 3 beranak..

Menu 1 masak Ungkep Ayam... actually Ungkep ni masak dari petang semalam... masa bagi betul² pecah minyak mmg tahan tak risau...

Menu 2 masak Rendang Daging... ni pun saya masak petang smlm juga... sebab dua² lauk ni perlu masa yg agak lama untuk menyiapkannya. So masak awal jimat masa sikit..

Nindia rupa Ungkep Ayam dan Rendang Daging

Pagi ni bangun masak menu ke 3 iaitu Kuah Lodeh untuk si kecik dan buat tambahan menu di pagi raya

Menu 4 dan last saya masak Sambal Tumis Ikan Bilis untuk pekena dgn Kuah Lodeh.. baru mengancam kan!!! Hehe...

Now sekarang suami dah gi kerja...so tinggal la saya berdua dgn anak... 

Baju raya pun tak pakai langsung... Saya dari pagi berbaju T dan berkain batik je tak de rasa macam nak raya sebab mmg takde feel. Pic pun tak dan ambik sibuk didapur tadi...hihihi

Ok setakat ni je rasa ceritera Raya Eid Adha kami. Raya diperantauan begini la jadinya.. hehe...
JANJI ROCK...Hehe...

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA...
10 Zulhijjah 1435H..
05.10.2014 (Ahad)

No comments:

Post a Comment