Assalamualaikum.......harap semua sihat dengan pemakanan vitamin
yang betul dan nampak kesan kebaikannya. Eh, ada ke makan vitamin tapi
tak berkesan? Ok, kalau begitu la keputusannya, meh sini saya nak citer
sikit, kenapa vitamin yang korang makan tidak berkesan.
Sebenarnya, kita disarankan makan secara konsisten selama 3 bulan untuk
benar-benar mendapatkan keserasian ditambah sel kita hidup antara 90-120
hari. Tapi, kalau tak dapat jugak rasa manfaat dari pengambilan vitamin
yang kita makan tu, kita kena tahu kenapa ia terjadi.
1. Tak suka minum air kosong/air putih/air masak/ plain water/ sky juice
Nampak banyakkan? Tapi ia sebenarnya mewakili satu jenis air sahaja,
iaitu air kosong. Ramai yang ada masalah nak minum air kosong ni dan
lebih gemar minum minuman yang berwarna dan berperisa. Yelar, ada yang
cakap air kosong takde rasa la, takde penarik la, rasa macam makan ubat
la...tapi mereka ni tak tahu yang banyak kebaikan minum air kosong ni.
Tahukah anda:
Air manis boleh meningkatkan kepekatan darah serta menyebabkan
kegemukan. Cuba buat perbandingan seminggu tak minum air manis, dan
seminggu minum air manis. Anda akan rasa perbezaannya. Cubalah!
Saranan:
Kita disarankan mengamalkan banyak minum air masak sekurang-kurangnya 2
liter sehari apabila mengamalkan pengambilan vitamin supaya penyerapan
vitamin oleh tubuh berlaku dengan lebih baik. Jadi, please jangan malas
minum air kosong tau....makan vitamin ke, tak makan vitamin ke, air
kosong sangat penting dan baik untuk kesihatan tubuh badan.
2. Makan vitamin secara banyak sekaligus dalam satu masa
Makan vitamin memang bagus, tapi jangan teruja sangat tau nak makan
sekaligus vitamin-vitamin tu. Sebaik-baiknya rancanglah pemakanan
vitamin tu dengan betul supaya badan dapat menyerap satu-persatu vitamin
yang kita makan tu.
Tahukah anda:
Apabila kita makan semua vitamin secara sekaligus, ini meningkatkan
kepekatan darah kita hanya pada masa-masa tertentu. Ramai yang suka
amalkan ini apabila waktu hendak tidur sedangkan pada masa selepas itu
kita akan kurang minum air, sedangkan air penting untuk penyerapan
vitamin dan juga untuk pengaliran darah kita.
Saranan:
Ok, lepas ni, tak payah la teruja sangat nak makan vitamin tu sekaligus.
Sabar-sabarlah kot yer pun. Cuba agih-agihkan pengambilan vitamin anda
mengikut kesesuaian dan keperluan anda agar kepekatan darah tidak
meningkat secara mendadak pada satu-satu masa. Tau tak, pembahagian masa
makan vitamin ni juga membantu agar buah pinggang tidak terlalu
dibebani pada satu-satu masa tertentu sahaja. Atleast, jarakkan sejam
untuk setiap jenis vitamin yang kita makan. Contoh, pukul 8am, makan
Lecithin, pastu pukul 9am makan Alfalfa, dan seterusnya. Kalau macam
saya, takut terlupa saya setkan kat alarm henfon untuk set masa bila nak
makan vitamin. So, insyaAllah takkan terlepas masa makan vitamin.
3. Elakkan pengambilan vitamin bersama ubat
Yang ni bagi anda yang dalam pemantauan doktor atas masalah kesihatan.
Elakkan mengambil ubat secara serentak dengan pengambilan vitamin.
Tahukah anda:
Pengambilan ubat doktor dan ubat vitamin secara serentak boleh
menyebabkan darah bercelaru ataupun confused sebab ada dua benda yang
berbeza masuk dalam badan sekaligus. Oleh sebab itu, darah tidak
menyerap vitamin dengan baik dan sempurna.
Saranan:
Cuba sediakan jadual, sekiranya selepas makan pagi anda mengambil ubat
doktor maka anda boleh amalkan vitamin pada waktu tengahari atau malam.
Namun, sekiranya anda perlu makan ubat secara berturutan, pagi dan
petang, maka amalkan vitamin selepas 1-2 jam selepas pengambilan doktor.
4. Kurangkan pengambilan kafein dalam diet harian
Sudah pastinya, minuman kafein (kopi/teh) menjadi minuman kegemaran
rakyat Malaysia di waktu pagi, petang, malam. Macam tak cukup syarat
kalau sehari tak minum air kafein ni kan.
Tahukah anda:
Pengambilan kafein boleh merosakkan vitamin yang sedia ada dalam badan?
Jadi, pengambilan minuman yang ada kafein yang tinggi secara berterusan
boleh membazirkan vitamin yang kita amalkan selama ni. Maka, kita takkan
dapat apa-apa manfaat pun dari pengambilan vitamin sebab vitamin akan
rosak disebabkan pengambilan vitamin secara berterusan.
Saranan:
Tolongla kurangkan minuman berkafein ni yer kalau nak manfaat optimum
dalam pengambilan vitamin yang kita makan. Kalau dah sehari tu 5 cawan
kopi kita boleh minum, apa salah sikit demi sedikit kurangkan kepada 3
cawan..lepas tu, 1 cawan....InsyaAllah lepas tu, kita boleh lepaskan
minuman berkafein ni. Macam saya jugak la, dulu setiap pagi akan minum
kopi satu gelas untuk sarapan. Tapi sekarang, alhamdulillah dah dapat
elak minum minuman kafein. Pagi-pagi minum ESP untuk breakfast dan tak
lupa minum air kosong.
5. Pantang larang makan vitamin
Jangan ingat makan vitamin takde pantang larang tau. Ada sesetengah kita
makan vitamin hentam kromo jer. Makan vitamin kena ada cara dan jadual
pemakanan yang betul. Dan ada juga vitamin yang kita tak boleh makan
bersama-sama.
Tahukah anda:
Pengambilan multivitamin yang lengkap dengan zat besi tidak boleh
diambil bersama air susu. Ini kerana ia akan menganggu penyerapan zat
besi itu sendiri. Selain itu juga, vitamin E tidak boleh diambil
bersama-sama Alfalfa kerana Alfalfa boleh mengganggu penyerapan vitamin E
oleh tubuh badan manusia. Alfalfa dan vitamin antioksida juga tidak
disarankan untuk ibu mengandung kerana boleh mengakibatkan risiko
keguguran di awal kehamilan.
Saranan:
Adalah penting bagi kita untuk mengetahui apa pantang larang dalam
pengambilan vitamin yang betul supaya badan dapat menyerap manfaat
vitamin dengan baik dan sempurna. Dalam pemilihan vitamin, apa yang
perlu diambil kira ialah:
Vitamin anda HALAL
Vitamin anda SELAMAT
Vitamin anda SEMULAJADI
Vitamin anda BERKESAN (Nak berkesan, ikut tips diatas. InsyaAllah akan dapat kesan yang diingini)
TIPS UNTUK IBU MENYUSU
Makanlah vitamin yang fokus untuk membantu ibu menjayakan penyusuan.
Utamakan niat yang utama. Supaya tidak terlalu banyak vitamin yang anda
amalkan dan khuatiri pengambilan air tidak sekata. Sekiranya anda
membeli, maka dapatkan jadual makan yang betul dan pastikan anda tahu
fungsi kebaikan vitamin yang anda beli.
Ok, nak tau lebih lanjut atau cara pemakanan yang betul, boleh tanya
saya...konsultansi percuma diberikan....harga istimewa sesiapa sahaja
yang betul-betul berminat....
Mulakan Hari Anda Dengan Pengambilan Suplemen Untuk Kesihatan Sepanjang Hayat.